Wednesday, December 1, 2010

Berbuat Baik

where should I start first..? ok lah pendekkan cerita relative saya called dan meminta untuk diberi peluang meminjam duit bagi permulaan kerjanya...saya 'speechless' x tahu nk mengelak dari jumpa beliau ini..saya rasa sepatotnya dia patot refer kepada families dia pasal RM..sebab saya ni pon bukan lah bank / along untuk memberi pinjaman wang..bermulah cerita si relative nih yg mana dia mgatakan sume org x mahu membantu..what should I say kan? nak kata dia nih kedekut lebih kurang la..pada mulanya saya dah set dalam kepala "katakan tidak untuk diberi pinjaman kepada individu ini" tapi bila dia called saya menjadi lemah dan mengatakan lepas ni saya bank in ok..huhuh..saya hanya manusia biasa yg x bisa utuk mengatakan perkataan "TIDAK" kepada orang lain...November lepas dia juga siap datag ke rumah untuk meminjam wang..yg lepas pon x kurang dan kini bertmbah lagi...individu lain pula kata dia ni layan *an*a...saya terkejut..tapi x pelah benda dah lepas..saya pon x harap dia pulangkan wang tapi kalo Allah kata itu rezeki saya saya bersyukur!!!!!!

moral of da story** jgan bagi orang pinjam duit jika dia membuat kerja yang x tentu hala....memberi pertolongan itu bagus tapi kalo kita sendiri x cukup duit untuk belanja x kan kita nk bagi dia duit dan kita sggup berlapar pulak kan..thinking about it!!!

Tuesday, November 30, 2010

Haziq 2nd Birthday party






kakak ecah yg sgat cntik wit shirt +3 quarter pants..menarik dan pndi bergaya










Clown datang seolah-olah memeranjatkan haziq..heheh..kesian..mama pggil is just nk kasi happy tak sgka plak smpi nagis..sob..sob..

















Sebelah ni sementara tggu kengkawan haziq dtg eloklah kiranya haziq minum susu dulu.. :p








Haziq takut ngan clown so mama suh ayah dukung for cutting cake...tgok mata dia x pndang cake but he's look to clown :)

happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to u haziq..
wish semoga menjadi ank yg baik, soleh dapat mendoakan mama selamat di dunia mahupun di akhirat. haziq juga doa mama agar menjadi anak sebijak Luqman Al-Haqeem


kita layan gmbar okeh..


* Terima kasih buat nenek ramah, atok hadi, kakak tina n pak ngah yang bertgkus lumus myiapkan party haziq...much of luv..you are everythin to me!!!





Monday, November 1, 2010

happy 27th birthday to me

yahooo..hapy 27th birthday to me...rasanya tahun ni palig meriah kot..ramainya orang wish...letih gak nk reply wording thank you dgan msej from cosmetics side lagik..adoi..neway njoy sgat officemate bagi duit beli perfume, yag beshnya duit tu x guna pon..simpan kebas duit halim utk beli Jadore of CD...baunya walaooo..buat halim x tido malam...wangi je bila halim cium...x pe kan dah halal dah pon..kalo haram ye lah cari naas..
smlm ibu blnja mkn kat kedai mira..siap tiup lilin bagai..ak ni malu gaks tapi nk wat cam ner once in a year..ramai jgak bkumpul ibu, ayah, halim, awin, tina mak lang + cucu serta ank2..masa nk tiup lilin tuh, siap pggil ank2 dok tepi..konon2 cover line bkn besday ak la..tapi btw ak njoy msih ada ibu yg bleh celebrated bufday dia..
tapi yang x syiok nye ada yg tersentap tu..tu yg ak x gemar...bila orang ckp, pndang dan jwab baik-baik..ak ni lebih tua harus dihormati..sgala pgorbanan yg tlah dilakukan hanya Allah yg balas..tapi ak sikit kecewa lah..x pelah ak dah maafkan pon, sume ni ak blajar dari pgalaman..
okeh la kang pnjg-pnjg ada yg sentap..that's it..huh..

jelescy

assalammualaikum sahabat
saya rasa dah agak lama saya tidak menghapdetkan status saya didalam blog ini..
saya terpggil dek kerana dek ank dara saya yang agak masam or kureng happy sejak 2 menjak ini!!!..citer nye begini, saya mghatar ecah pada rumah kakak ni...biarkan ak knal kn dia sbgai kak "Y"..setelah 2 bulan yg pertama dtg teman baru yg mana duduk di rumah yg sama..satu skolah dgan ecah lain tahun je membezakannya..dah 2 - 3 kali juga ak mendgar keluhan ank dara ku di mana tidak mahu stay di rumah kak "Y"..bila tnya knapa dia x mahu menceritakn hal sebenr..smpi la smlm menagis je harapnya utk meminta belas kasihan si ayah..Ayah mgambil tndakan utk mndagar keluhan hati anak daranya itu..slpas itu ayah mula berceritakan hal sbnarnya kpada ak..kesian rupanya ecah dipulaukan oleh dua orang kwanya & cemburu dgan tndakan sahabat baiknya yg mula tidak mahu kawan,,toys pon x mahu diberi pnjam..cerita si ank dara....kesian..dah lama agaknya dia memendam rasa..tindakan ak, dari dia trus dibelenggu eloklah kiranya ak mgambil inisiatif utk menghntar semula ke taska..nk amik maid mgkin tggu 2012, ak branak dulu baru apply for new maid..itu pon atas kelulusan ayah ecah :)Di Taska,biar ramai kawan, dan di situ pon x de nk pulaukn dia..main sama-sama, mgaji sama-sama..sekian..mama sayang ecah sgat..

Monday, August 23, 2010

Bila Ramadhan


hi semua..

blom terlambat kalo saya mgucapakn Salam Ramadhan biar pon dah 13 hari kita berpuasa menahan lapar dahaga, berbuat kepada kebaikan, amal jariah meningkatkan amal kita pada bulan yang mulia ini..dan juga bulan inilah saya merebut peluang berniaga biskut raya..seperti mana yang kita tahu berniaga inilah antara pekerjaan yang 9 / 10 terbaik mengikut ajaran Islam..kalo diikutkan tahun ini saya igin berehat seketika utk tidak meneruskan niat baik ini..tapi kalo dah Allah tetapkan rezeki kita, boss plak mmg nak kan biskut nih jadi saya pon terus ke Muar utk mengambil di sana...kalo x MIL yang perkenalkan kepada org ini, xde la saya ingin melebarkan sayap utk berniaga, lebih baik saya beli dari tangan orang lain..tapi bila tgok syok dapat ganjarannya berlipat ganda..Alhamdulillah saya proceed jugak..keuntungan saya x makan seorang sebaliknya saya membelanja families saya berbuka di Seri Pacific Hotel this weekend..asalkan dorang happy udah ler!!!

Friday, August 20, 2010

5th Anniversary


Assalammualaikum semua!!

rasanya hampir sebulan saya tidah meng'update' blog saya ini..

i'm decided to story about my 5th anniversary...

sesungguhnya cinta kami mekar sehingga ke hari ini..saya bersyukur di atas limpah kurnianya di mana kasih sayang diantara kami tidak pernah pupus di ingatan..kalau saya kata kami tidak pernah bergadoh sesama kami, maknanya saya menipu & itu tidak betul sama sekali..kami bergadoh tapi kami x pernah tidak bercakap lebih dari 1 hari..that's mean kalo pagi gadoh for sure dia akan menelefon saya tghari or petang...slalunya dia yg beralah!!!,bukannya saya yang x nk beralah tapi saya pasti dia akan cari saya..saya suka!!!

semestinya selain family, saya sayangkan 'nya' (Abdul Halim) kerana dialah sumber inspirasi saya, tmpat saya meluahkan perasaan, tmpat utk berteduh, tmpat saya meminta makan dan segala-galanya..saya tidak pernah tidak mgucpkan syukur pada Allah yang mengurniakan dia pada saya..apa yang saya minta dia akan cuba dpatkan..kalo tidak dapat tahu jelah muka saya cam ner kan..hangin 1 badan...

BTW, saya simpulakan saya selalu berdoa agar cinta kami smpi ke penghujungnya, tiada orang ketiga dalam rumah tangga kami..kuatkan iman, islam, ihsan kami, kekalkan kasih sayang kami
dan macm-macm lagi la..tini sayang abg..
with Love
Hartini Hadi...

Wednesday, June 23, 2010

Sumber Ilhamku

Aisyah juga aku labelkan dia sbagai sumber ilhamku..ak bersyukur kerana allah menganugerahkan aku anak secomel dia..erm...aku decided untuk skolahkan dia ketika umur 4 tahun..padaku asal aku mmpu nk byar monthly fees yg agak mahal..aku sggup..anything ak sggup asalkan kalo dia nk blaja..hari tu nk share sikit psal mid year exam yang mana mmg ak bangga..mula-mula nk amik result dlm kete ak tnya "Ecah, masa exam tu susah ke snag"slamba dia jwab "susah ma, byak jugak ecah skip" adoi ak kaget nih!!!dah la nk hadap cikgu dia pagi2, sbb ecah punya session with parent kul 8.00 pg sbb nama aisyah start from A..wah..that time Friday is Public Holiday so ak x dpat la nk bgun lmbat..bagi aku ecah's result more important..aku pun bgun siapkan ecah n Haziq, + ayah ke skolah Ecah..agak gmentar jgak la jmpa Teacher Eliza yg sdag mnggu aku..dia syom..and said..this is Sofea's result and she's great, bright,fast learner,,ak nagis kat situ wal hal baru mid year exam...blom final year pon...ecah pekse no 2/24 it's great..kalo ikutkan, aku x harp sgat pada school..balik keje aku akan jadi part time teacher kat aisyah..byak duit ak spent for buku-buku..sesambil mgajar bleh jgak declared kat IRB for tax..ha tahun lpas ak kena byar smpi RM291.00 tahun dpan aku akn pstikan ak akan byar sikit..huhu..

P/S - Ecah sayang..mama x kisah berabis duit kat Ecah..asalkan ecah lagi pandi dari mama..itu impian setiap mama di dunia ini..ecah seolah-olah tahu apa maksudku..terkadang tu nakalnya melebih-lebih aku lagi jadi gram..skjap je pas tu dah ok...

Thursday, June 17, 2010

Si jantung hati


Setelah kembalinya bibik ke negara asal (Indonesia) tinggalla aku menjaga Haziq..banyak jasa bibik kepada kami..dari menjaga ankku (Aziq + Ecah), mengemas, membasuh, mengiron semuanya ku serah pada bibik..bibik telah berkhidmat denganku selama setahun yang mana,bibik terpaksa balik kerana keputusan FOMEMA yang gagal..aku amat sedih kerana terpaksa akur dengan keputusan yang mana aku x bleh membuat rayuan ke atasnya..dlam pada tu kerajaan Malaysia telah mengeluarkan MEMO yang mana penyakit yang dialami oleh bibik tidak boleh dibuat permohonan rayuan..aku buntu...ruginya 1 hal, yang mana pada permulaan untuk memohon perkhidmatan pembantu rumah berjumlah RM5,000.00 dan kontrak beliau bersama kami 2 tahun..tapi apakandaya hanya berjalan selama setahun sahaja..tapi aku fikir positif yang mana Allah telah menentukan jalan untukku..setiap semua kejadian ada hikmah disebaliknya yang aku sendiri tidak nampak or tahu...bermulanya aku menjaga haziq, seperti biasa semuanya menjadi berat kerana aku terpaksa menjalankan tanggungjawab seperti seorang isteri yang hampir setahun aku telah tinggalkan..penat tidak terkata, tapi aku tetap berdoa agar segala yang aku jalankan mendapat kebaikan dan diberkati olehnya..bermulalah Haziq ke Taska..menangis tersesak-esak seperti di pukul..hati ibu mana tidak tersentuh jika anak tidak pernah bersituasikan keadaan seperti di Taska dan terpaksa dilalui oleh Haziq sendiri..aku yang berada di Ofis hanya mampu berdoa agar Haziq akan menyaikan diri di sana..dua minggu haizq di sana, dan aku mendapat tahu dari penjaga Taska yang Haziq asyik menangis sahaja..aku memberitahu ibu akan hal demikian, ibu membuat keputusan yang mana mencari penjaga haziq di kawasan rumah ibu.kini aku hanya akan berjumpa haziq sabtu dan ahad..itulah masanya aku akan memanfaatkan masa bersamanya..melayan karenahnya yang kadangkala penat tapi aku bahagia bersamanya...aku memohon pada Allah agar mempermudahkan jalanku,menambahkan rezeki kami untuk mengambil semula pembantu rumah agar aku dapat bersama haziq 'everyday'.kasih sayang kami terpisah oleh kerana dia x dapt membiasakan diri dengan keadaan baru :(..

p/s: Haziq, mama sayang pada haziq..kita seolah-oleh mendapat keserasian apabila bersama..mama sentiasa berdoa agar Haziq menjadi anak yang baik...tapi sekarang ni pon, bila haziq ternampak dome masjid, dia akan kata 'awahuakbar'..itu lebih membuat mama lagi percaya, yang mana budak belom berakal boleh tahu akan "Allah maha Besar" ini kan kita yang sudah berakal..renung-renungkanlah......

Wednesday, June 16, 2010

it's me

Testing..testing..this is the 1st time I sign in :)