Thursday, June 17, 2010

Si jantung hati


Setelah kembalinya bibik ke negara asal (Indonesia) tinggalla aku menjaga Haziq..banyak jasa bibik kepada kami..dari menjaga ankku (Aziq + Ecah), mengemas, membasuh, mengiron semuanya ku serah pada bibik..bibik telah berkhidmat denganku selama setahun yang mana,bibik terpaksa balik kerana keputusan FOMEMA yang gagal..aku amat sedih kerana terpaksa akur dengan keputusan yang mana aku x bleh membuat rayuan ke atasnya..dlam pada tu kerajaan Malaysia telah mengeluarkan MEMO yang mana penyakit yang dialami oleh bibik tidak boleh dibuat permohonan rayuan..aku buntu...ruginya 1 hal, yang mana pada permulaan untuk memohon perkhidmatan pembantu rumah berjumlah RM5,000.00 dan kontrak beliau bersama kami 2 tahun..tapi apakandaya hanya berjalan selama setahun sahaja..tapi aku fikir positif yang mana Allah telah menentukan jalan untukku..setiap semua kejadian ada hikmah disebaliknya yang aku sendiri tidak nampak or tahu...bermulanya aku menjaga haziq, seperti biasa semuanya menjadi berat kerana aku terpaksa menjalankan tanggungjawab seperti seorang isteri yang hampir setahun aku telah tinggalkan..penat tidak terkata, tapi aku tetap berdoa agar segala yang aku jalankan mendapat kebaikan dan diberkati olehnya..bermulalah Haziq ke Taska..menangis tersesak-esak seperti di pukul..hati ibu mana tidak tersentuh jika anak tidak pernah bersituasikan keadaan seperti di Taska dan terpaksa dilalui oleh Haziq sendiri..aku yang berada di Ofis hanya mampu berdoa agar Haziq akan menyaikan diri di sana..dua minggu haizq di sana, dan aku mendapat tahu dari penjaga Taska yang Haziq asyik menangis sahaja..aku memberitahu ibu akan hal demikian, ibu membuat keputusan yang mana mencari penjaga haziq di kawasan rumah ibu.kini aku hanya akan berjumpa haziq sabtu dan ahad..itulah masanya aku akan memanfaatkan masa bersamanya..melayan karenahnya yang kadangkala penat tapi aku bahagia bersamanya...aku memohon pada Allah agar mempermudahkan jalanku,menambahkan rezeki kami untuk mengambil semula pembantu rumah agar aku dapat bersama haziq 'everyday'.kasih sayang kami terpisah oleh kerana dia x dapt membiasakan diri dengan keadaan baru :(..

p/s: Haziq, mama sayang pada haziq..kita seolah-oleh mendapat keserasian apabila bersama..mama sentiasa berdoa agar Haziq menjadi anak yang baik...tapi sekarang ni pon, bila haziq ternampak dome masjid, dia akan kata 'awahuakbar'..itu lebih membuat mama lagi percaya, yang mana budak belom berakal boleh tahu akan "Allah maha Besar" ini kan kita yang sudah berakal..renung-renungkanlah......

1 comment:

  1. i saw him yesterday..
    saya dukung dia kesana dan kemari...saya mengucup pipinya kerana terlalu rindukan dia..hari ni pasti saya akan membawanya balik dan tidur bersama...

    ReplyDelete