Wednesday, May 25, 2011

Kesenangan Haziq

Detik waktu terus berjalan,kini Haziq telah mencapai usia 2 tahun 6 bulan. Dan pada waktu ini, haziq sedang lincah bertutur kata,adakalanya percakapannya hanya akan difahami oleh ayah..Hari ini ceritanya, persekitaran kami akan bertukar kepada baru dengan membiasakan orang baru dlm keluarga kami iaitu "MAID"..setelah lebih setahun pulangnya bibik kini, kami mempunyai MAID baru dikenali sebagai mak su..haziq agak closed dengan dia, pada mulanya Halim agak keberatan tapi setelah saya yang beriya-iya menolak hasrat yang ingin meletakkan Haziq di Taska kami terima jua..cuma, maksu hanya akan berada bersama kami selama 5 bulan sahaja, kerana beliau terpaksa balik ke Kedah dan kahwin...
semoga Haziq akan dapat tidur dengan nyenyaknya, kerana selama 5 bulan mama tidak akan menggerakkan haziq dari lena..aisyah pula, setelah pulang dari menimba ilmu terus akan dihantar didepan rumah dan makanan akan terhidang..erm!!!
syioknya anak2 mama...itu yang mereka minta setelah bibik pulang dulu...Ya Tuhan, ko telah memakbulkan hajat anak-anak kecil ku :)